Miss Cuppycake
Sudah Rindu
Thursday 6 December 2012 • 07:46 • 0 comments

Assalamualaikum ....

Sejujur jujur jujur jujurnya aku rindu semua ..
Aku tak pernah terfikir lepas SPM ni akan rasa bosan macam ni, sebelum SPM bukan main lagi tak sabar-sabar nak enjoy, cari kerja lah , nak hang out lah. Macam-macam plan ada . At last terperap kat rumah jadi penganggur terhormat. Hehehe *hangat-hangat tahi ayam je lebih* :P . Aku tak tahu nak kerja kat mana, tension pulak kita bila fikir. Heeeerrrr. Apa apa pun aku rindu dengan sekolah . Eh eh eh Hihihi. Tak sampai sebulan tinggalkan sekolah dah mula rindu, lagi lagi kawan kawan aku terutama sekali kelas 5Musytari. Apalah yang dorang buat sekarang ni ? . Sumpah takkan lupa sampai bila-bila kenangan kita tu .

Aku rindu Syipa, My beloved best friend yang suka sangat kenakan aku tak kira tempat, masa and keadaan.
Aku rindu Zati, suka ejek dia dengan 'crush' dia tu . hahahahaha *jangan marah*
Aku rindu Wahida, bila time dia blur kelakar . hehehe *sama je lebih kurang dengan aku*
Aku rindu Kak Wa, dia comel comel comel comel comel :D
Aku rindu Hawa, asik pot pet pot pet lepas tu happy go lucky sangat. Hehehe
Aku rindu Syera and Mala, suka sakat Syera dengan........ adalah ! mana boleh bagi tahu :P haha.
Aku rindu Afiqah, Syakirin dengan Farah, nampak je pendiam, tapi diam diam ubi berisi tau :D
Aku rindu Ayu, Nabila .. Kembar yang susah nak dipisahkan. Hehe suka sangat buat lawak.
Aku rindu Pathma, seronok borak dengan dia even she's the only one indian girl in our class, dia pandai bawa diri dalam kelas kitorang.
Yang paling penting, Aku rindu Najihah sangat sangat :'(

Ni baru cerita yang perempuan. Belum yang lelaki lagi . Haaaa

Aku rindu Akim, perangai gila-gila dia tu buat semua orang suka kawan dengan dia, rindu nak belajar sama-sama, macam-macamlah .
Aku rindu Muaz, sempoi je dia ni. Selalu buat orang ketawa
Aku rindu Azim, walaupun kata-kata dia ni berbisa sikit, tapi adalah jugak side yang baik. Hahaha takde lah gurau gurau, dia okay :)
Aku rindu Alif Ritz, rindu nak panggil dia abang Ceceman. Hahaha. Dia rajin, siapa-siapa nak buat jadi bakal suami silakan silakan . Haha
Aku rindu Amar, errrrrr tak tahu nak describe dia macam mana. Heh ? haha. Okay dia baik, rajin, pandai. :)
Aku rindu Rahmat and Aliff Irfhan, dorang suka cerita pasal benda yang aku tak tahu. Lelaki biasalah dengan game . Atoto :)
Aku rindu Ismail, Hazizul, Syabil.. geng yang happy go lucky, tapi pelik jugak tengok dorang ni kadang-kadang, aku pun tak tahu apa yang pelik. Entah lah . Haha maaf maaf .
Aku rindu Shahman, dia blur dan blur dan blur dan blur. Hahaha tapi dia baik dan baik dan baik dan baik. Nampak macam pendiam tapi ...... jeng jeng jeng . haha
Aku rindu Fikri, walaupun kita kurang rapat, tapi ada jugak masa-masanya kita rapat. Rindu nak dengar dia punya nasihat lepas tu suka cerita pasal istilah-istilah Biology yang aku tak paham langsung tu. :)

Apa-apa pun aku yakin kita akan tetap jadi kawan sampai bila-bila. Aminnnn. Aku harap jugak result SPM kita semua cemerlang :D
Sayang korang much much much . Allah je tahu macam mana aku sayang korang.

Yang Menyayangimu,
(tandatangan)
Peah yang comel :D hahaha *perasan teruk tu*

Bye assalamualaikum :')

currently SPM :)
Wednesday 14 November 2012 • 00:37 • 0 comments

Saya sedang menghadapi SPM, memandangkan kami yang menduduki SPM ni diberi cuti selama seminggu jadi masa untuk saya mengUPDATE blog . Hehe .
Rasa macam dah lama gila tak update, tapi bukan nak cerita apa-apa pon, saja je nak menaip.
Minggu depan subject semua susah-susah, Physic, Chemistry, Addmath, Account hoooooo . I'm gonna dieee .

Apa-apa pun kepada calon-calon SPM semua, Semoga Berjaya :D





Sunday 30 September 2012 • 20:45 • 4 comments

Hai Assalamualaikum :) Hari ni aku menggila sikit, tak tahu la kenapa dan tak payah la tanya . Masa aku sibuk search cincin kat google sebab boring tak tahu nak buat apa . Tiba-tiba aku terjumpa satu cincin, sangat la cantikkkk ! :D . Diamond ring, cantik tu memang la cantik, harganya pon cantik juga tu .

Ni dia . Cantik kan kan kan :)

Angan angan nak pakai cincin time tunang ke, nikah ke . haha . Okay, angan-angan je . Aku tak kisah pon future husband nak bagi apa asalkan ikhlas . Cehwahh . Eh Future Husband ?? Masih tak tahu siapa gerangannya, tidak tahu dimana keberadaannya . Hanya mampu berdoa semoga Allah menjodohkan aku dengan seorang lelaki yang soleh, understanding, penyayang, mempunyai karier dan always make me smile and happy :) . It's just like i'm demanding but i'm not .Setiap perempuan ada ciri-ciri lelaki idaman masing-masing kan . So normal lah tu . 



Lepas tu kan kan kan, aku tiba-tiba TERlukis baju ni tapi bukan guna pensil la guna "paint" yang ada kat dekstop korang tu . hahaha . dan dan tu juga nak buat, nampak sangat teruja . LOL . Agak-agak korang baju apa ? Alaaaa faham-faham je laa . haha

Cantik kan, see the hand la . hehe. Tapi kalau dah siap jadi baju mesti lagi cantik, lagi lagi aku yang pakai . HAHA *perasan sangat tau*


Okay semua ni angan-angan memang la nampak pelik . Nama pon angan-angan . Mungkin boleh jadi kenyataan, mungkin jugak tak . Zaman moden lagi berteknologi tinggi ni, everything is not posibble . 
Ceh ceh cehhh . 

Sudah sudah . Lama dah aku mengarut ni . Apa-apa pon terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca blog aku ni . Bubyee Assalamualaikum ;)

Love this quote <3 :)


A dream is a wish your heart makes

MAKAN MAKAN :D
Saturday 8 September 2012 • 06:39 • 0 comments

Assalamualaikum, hey hey hey :D . Semalam hari jumaat, Aliff Irfhan buat majlis makan-makan or open house . Entah entah . Haha . Terima kasih, jasamu tetap kami kenang . Cehwahhh :)
Malam tu makan banyak terutama sekali Syipa . Hoho :P

Dah lepas makan tu confirm ar bergambar. Pantang nampak camera, biasalah kami an an an . hehe 
Here's the photos :D



Yeahh, tu dia kak Syipa and kak Jiha . Berpeluh-peluh saya sebab excited nak bergambar :P . haha


My craziest friends everrr ! :D 
Syipa, Zati, Muazim, Hakim


Lelaki-lelaki perkasa . haha


Kitorang semua memang sweet :P haha


Pasangan bahagia . LOL . :)


Tonight ~ we are young . lalalalala :)


Aku lagi comel la azim . HAHA (okay perasan)

Okay ni je lah gambar yang termampu aku tunjukkan sebab internet macam Hrrrrr . Apa-apa pon aku harap friendship kitorang tak kan berakhir di tahun 2012 tapi berkekalan till jannah . 

The Most Memorable People In Life will be the Friends Who Loved You When You Weren't Very Loveble


Cinta Dalam Hati .
Sunday 29 July 2012 • 06:33 • 0 comments

Lagu ni sangat menyentuh hati. Ada banyak makna disebalik lirik lagu ni . Yang penting melodi dia.. hoooo touch touch ! :) 



Salah silap minta maaf :) bubye assalamualaikum .

.........
Saturday 28 July 2012 • 21:41 • 0 comments

Nothing to say, this ......

                                        

Manusia tanpa nasihat umpama pokok tanpa baja, sama juga seperti saya . Jadi kalau saya ada salah silap tolong lah nasihat  :'))) . Peringatan kepada semua, bukan kepada saya sahaja . Assalamualaikum :') ~

29 days to go :)
Saturday 21 July 2012 • 17:55 • 0 comments

Assalamualaikum semua, salam Ramadhan Al Mubarak :), amacam puasa pertama, penat ??  excited ?? hihi . Aku excited sangat and tak sabar-sabar nak tunggu raya nanti walaupun lepas raya tu terus trial SPM , grrrrrr patah semangat raya aku , huhu . Wahai kawan-kawan ku raya tu raya jugak tapi jangan lupa study yee , muehehehe .
Sekarang ni malas nak taip panjang-panjang sebab aku tahu korang tak suka baca karangan 350 patah perkataan an . hehe . So, post aku kali ni pendek je laa . Apa-apa pun, selamat melakukan ibadah kepada semua umat islam di dunia ni. Kumpul pahala banyak-banyak dalam bulan Ramadhan ni Insyaallah iman kita semakin kuat. Kepada kawan-kawanku jangan main mercun kang beraya tak ada jari . hehehe, main bunga api boleh .


                                               
                    

SOME WORDS!


.my VISION is my DESTINY.
..my DESTINY is my JOURNEY..
Profile
Stuff
LALALA

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Pikashii